Pages

Ahlan Wasahlan

Wednesday, February 17, 2010

LAMAN SANTAPAN ROHANI ...

TAJUK : MALAIKAT JIBRIL PEMBAWA WAHYU

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman ;
وَالْمَلَائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَن فِي الْأَرْضِ

ayat 5 سورة الشورى
"Dan Malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.."

Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.

Sebenarnya bilangan Malaikat terlalu ramai dan tidak mampu untuk dihitung. Ibnu Kathir dalam kitabnya" Al-bidayah wannihayah" menerangkan bahawa pada setiap hari seramai 70 ribu malaikat akan bersembahyang di Baitul Makmur. Apabila mereka keluar mereka tidak akan kembali lagi. Tahukah anda apakah Baitul makmur ?

Baitul Makmur adalah sebuah masjid yang terletak di atas langit yang ke 7 . Lokasinya adalah sama seperti Kaabah di Mekah. Kedudukannya bertentangan dengan Kaabah di Mekah. Penghormatan Baitul Makmur setanding dengan penghormatan Kaabah di muka bumi. Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj Malaikat Jibril telah membawa Rasulullah ke Baitul Makmur , di sini baginda telah solat 2 rakaat bersama Malaikat Jibril dan baginda juga telah menemui Nabi Ibrahim a.s.
Kisah ini merupakan sejarah umum mengenai malaikat, namun pada pagi ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua mengenai ‘ MALAIKAT JIBRIL’. Sejarah yang sempat saya kutip melalui al-quran dan sirah Rasululllah s.aw. Malaikat Jibril (atau Jibrail - juga Gabriel) adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan agama samawi lain bertugas menyampaikan wahyu dan mengajar para nabi dan rasul. Mengikut Al-Quran pula, Malaikat Jibril merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat. Hal ini bertepatan dengan kepercayaan di dalam teks Tanakh, Taurat dan Injil. Terdapat nama Malaikat Jibrail di ulang-ulang dalam al-Quran sebanyak 3 kali iaitu dalam surah al-Baqorah ayat 97[1] 98 dan dalam surah al- Tahrim ayat 4.

1.Bentuk Asli Malaikat Jibril

Allah SWT menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang amat kuat, gagah dan sangat menarik. Kemudian Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Beliau mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t

Sebagai ungkapan rasa syukurnya yang mendalam terhadap penciptaannya ini , Malaikat Jibril telah mengerjakan solat 2 rakaat, yang setiap rakaatnya dilakukan selama 20,000 (duapuluh ribu tahun). Hal ini telah di rakamkan dalam satu riwayat di mana Malaikat Jibril telah berkata-kata dengan Allah SWT. Dan akhirnya , Allah telah menegaskan bahawa Dia lebih menyukai solat 2 rakaat umat nabi Mohammad walaupun solatnya kurang sempurna, tetapi kerana ianya
adalah perintah Allah SWT maka Allah SWT akan membalasnya dengan syurga Ma’wa .

Kemudian Malaikat Jibril memohon izin kepada ALLAH SWT agar diperkenankan melihat syorga tersebut . Dia memebentangkan seluruh sayapnya lalu terbang Setiap kali dia membuka sepasang sayapnya maka dia dapat terbang sejauh 300,000 (tiga ratus ribu tahun perjalanan). Begitu
juga setiap menutupkan sayap padahal ia terbang selama tiga ratus tahun serta memiliki sayap tiga ratus pasang sayap atau enam ratus sayap. Namun sejauh itu ia belum berjaya mencapai tujuan. Setelah merasa begitu letih namun dia belum dapat mencapai satu per seratusnya (1%) pun . Demikianlah I keistimewaan yang akan Allah berikan kepada umat nabi Muhammad yang mengerjakan shalat !”.
2. Jibril menampakkan bentuk aslinya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. s
ebanyak 2 kali :

1. Ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira' dalam surah al-Najm ayat 5 -8.
Al-qur'an menjelaskan عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ ﴿٥﴾ ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ ﴿٦﴾ وَهُوَ ب ِالْأُفُقِ
الْأَعْلَىٰ ﴿٧﴾ ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ﴿٨

"
Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh malaikat Jibril yang amat kuat gagah, lagi yang mempunyai kebijaksanaan.kemudian ia memperlihatkan dirinya ( kapada nabi )dengan rupa yang asal sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit ) kemudian ia mendekatkan dirinya (kpd Nabi) lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit "

2.
Ketika malaikat Jibril berada di Sidratul Muntaha iaitu terletak di sebelah syurga al-Ma’wa. Ini diterangkan dalam ayat وَلَقَد رَآهُ نَزْلَةً; أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنّ;َةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥
"Dan demi sesungguhnya (nabi Mohammad) telah melihat (Malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi. Di sisi Sidratul Muntaha yang di sisinya terletak syurga Maa’wa"

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, tidak seperti nabi yang lain. Nabi Isa a.s. hanya ditemui 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali.
Malaikat Jibril jugalah malaikat yang menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa kepada ibunya Siti Maryam .

Malaikat Jibril juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi telah menemui baginda dalam pelbagai bentuk ,biasanya berubah menyerupai seorang lelaki yang kemas contohnya ketika peristiwa Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat, dan ketika mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra' dan Mikraj, Malaikat Jibril pernah berubah sebagai Dahyah bin ibnu Khulaifah al-Kalby dan Kadang-kadang menjadi seorang arab Badwi
Malaikat Jibril juga telah membelah dada baginda untuk dibersihkan hatinya dengan menggunakan air zam-zam , peristiwa ini berlaku ketika rasulullah di bawah jagaan Halimatus saadiah dan ketika sebelum peristiwa isra’ dan mikraj .
Malaikat Jibrail a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang
bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibrail a.s. turun ke bumi untuk memusnahkan kaum nabi Luth a.s., malaikat Jibrail a.s mampu mengangkat kesemua tujuh bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung
satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail a.s. membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Malaikat Jibril juga pernah menawarkan kepada rasulullah untuk membinasakan penduduk Taif dengan menghempap bukit Taif, namun tawaran ini ditolak oleh nabi .
Dalam kitab tanbihul ghafilin menyatakan, satu peristiwa Rasulullah dan Malaikat Jibril menangis bersama-sama setelah rasulullah mendengar jawapan jibril mengenai penghuni neraka di pintu yang ke 7, yang terdiri daripada umat baginda sendiri(gol orang yang melakukan dosa b
esar dan mati sebelum sempat bertaubat)

Ketika rasulullah hampir wafat, malaikat Jibril ada di sisi baginda. Baginda meminta jibril memberitahu kemuliaan yang menggembirakannya di sisi Allah. Lalu jibril menerangkan bahawa semua pintu langit telah dibuka ,para malaikat telah beratur menunggu ruhnya di langit. Manakala pintu-pintu syurga telah dibuka dan semua bidadari telah berhias menanti kehadiran ruhnya.
Kemudian nabi bertanya keadaan umatnya di hari kiamat nanti. Lalu jibril menjawab, bahawa umat nabi Mohammad a
kan mendahului umat-umat lain masuk ke syurga. Dan ketika nabi menahan kesakitan sakaratul maut, jibril memalingkan mukanya tak sanggup melihat keadaan tersebut.

Malaikat Jibri
l adalah di antara makhluk Allah yang terakhir sekali meninggalkan dunia yang fana ini bersama-sama dengan malaikat Mikail, Israfil, Hamalatul Arsyi dan malaikat Izrail. Kemudian Allah perintahkan malaikat Izrail untuk mencabut ruh malaikat Jibril, malaikat Mikail, Lsrafil, Hamalatul Arsyi dan akhir sekali malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri. Yang tinggal hanyalah Allah yang Maha hidup dan tidak akan mati……

Pengajaran yang perlu dihayati antaranya....

1. Mencontohi Ketaatan dan kepatuhan para Malaikat dalam menunaikan perintah Allah

2. Allah mengangkat darjat Solat 2 rakaat umat nabi Mohammad dengan kelebihan 40.000 tahun solat Malaikat -

3. Beriman kepada Malaikat mendorong kita berubah kepada yang lebih baik dari aspek penglihatan, pendengaran dan pemikan.
Sekian, semoga kita menjadi golongan manusia yang berfikir ...

No comments:

Post a Comment