Pages

Ahlan Wasahlan

Friday, February 26, 2010

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SMSTJ KP

Pagi Jumaat 12 Rabiul Awal 1431 H SMSTJ telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan yang penuh bermakna ini telah dihadiri oleh warga SMSTJ sejak jam 8.00 pagi,. Program ini telah selesai menjelang 11.30 pagi

Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: �Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum --peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli �ala Muhammad wa baarik alaaa wa salim �alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

Friday, February 19, 2010

PROGRAM PANITIA SEPANJANG FEB 2010

Antara Program Yang Dijalankan Sepanjang Februari.....
  1. i) Mesyuarat Panitia Kali kedua
  2. ii) Watikah Perlantikan Kepimpinan BADAR 2010
  3. iii) Kursus Imam Dan Bilal
  4. iv) Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010
(i) MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA 2010
Mesyuarat Panitia kali kedua telah dilaksanakan seperti butiran di bawah :
Tarikh : 1 Februari 2010
Masa : 2.30- 5.00 petang
Tempat : Bilik Data
Kehadiran : 1. Ustaz Sharifuddin Bin Shariff (Ketua Bidang Kemanusiaan)
2. Ustazah Suwaibah Bt Jalel (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
3. Ustazah Yuhanah Bt Harun
4. Ustazah Siti Zaharah Bt Yusof
5. Ustaz Ekhwan Johan Bin Mustafa
6. Ustazah Nor Rabiatun Adawiyah Bt Zulkifli
7. Ustazah Afifah Bt. Abdullah
8. Ustaz Mohd Muslimin Bin Mat Lateh (Tidak hadir bersebab)
9. Ustazah Siti Nur Mariyam Bt Salleh (Tidak hadir bersebab)
Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai :
- Pelajar yang gagal capai piawai yang ditetapkan di dalam peperiksaan pengesanan yang baru dilaksanakan serta tindakan yang patut diambil.
- MTQSS -guru diminta untul sediakan pelajar dan melatih mereka.
- Modul Ting 3 dan 5 perlu disediakan oleh penyelaras denan kadar segera
- Penyelarasan Pentaksiran PAFA PMR dan SPM :
i) Konsep pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (Pend. Islam)
ii) Menerangkan format pentaksiran PAFA, Ujian Tilawah Dan Hafazan serta Pemerhatian Adab Dan Akhlak
iii) Menyediakan borang dan cara melengkapkannya
- Kelas Tahsin al-Quran
Mesyuarat tamat jam 5.00 ptg.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ii) WATIKAH PERLANTIKAN KEPIMPINAN BADAR 2010
Watikah Perlantikan BADAR akan diadakan secara serentak bersama dengan badan pengawas, PRS dan PSS pada hari khamis bersamaan 25 Feb 2010. Program ini dijangka akan bermula pada jam 8.00 pagi di dewan Sri Bestari SMSTJ. Seramai dua ratus lebih pelajar terlibat dalam upacara perlantikan yang penuh bermakna ini . Daripada jumlah tersebut , seramai 70 orang pelajar adalah AJK BADAR , Naqib dan Naqibah sesi 2010. Majlis ini akan disempurnakan oleh saudari Siti Khalijah Bt Ibrahim, Alumni SMSTJ.
iii) KURSUS IMAM DAN BILAL
Kursus ini akan diadakan pada tarikh 25 Feb 2010 bertempat di dewan Sri Bestari jam 9.00 malam. Kursus ini melibatkan semua pelajar tingkatan lima dan semua Naqib dan Naqibah sesi 2010. Antara tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan yang jelas serta pemahaman yang maksimum mengenai hal -ehwal yang berkaitan dengan imam dalam solat berjemaah. Selain daripada itu, diharapkan para pelajar akan lebih yakin untuk menjadi imam di mana-mana sahaja, khasnya setelah mereka keluar dari sekolah ini.
Kursus yang mengandungi tiori dan prktikal ini akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ekhwan Johan Bin Mustafa dan dibantu oleh semua guru Pend. Islam SMSTJ.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
iv) SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1431 H
Majlis sambutan Maulidur Rasul merupakan aktiviti tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada tahun ini sambutan akan diadakan secara sederhana sahaja . Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan program tersebut :
Tarikh : 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 H
Hari : Jumaat

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Sri Bestari SMSTJ

Sasaran : Semua Warga SMSTJ

Tema : Rasulullah Qudwah Hasanah

Ahli Panel : Ustaz Mohammad Kamil Bin Jaafar

Ustaz Azrul Azlan Bin Iskandar Mirza

Pengerusi Forum : Ustaz Muhammad Nizam Bin Che Hassan
Tajuk : Kekasih Awal Dan Akhir

Sekian...

Wednesday, February 17, 2010

LAMAN SANTAPAN ROHANI ...

TAJUK : MALAIKAT JIBRIL PEMBAWA WAHYU

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman ;
وَالْمَلَائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَن فِي الْأَرْضِ

ayat 5 سورة الشورى
"Dan Malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.."

Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.

Sebenarnya bilangan Malaikat terlalu ramai dan tidak mampu untuk dihitung. Ibnu Kathir dalam kitabnya" Al-bidayah wannihayah" menerangkan bahawa pada setiap hari seramai 70 ribu malaikat akan bersembahyang di Baitul Makmur. Apabila mereka keluar mereka tidak akan kembali lagi. Tahukah anda apakah Baitul makmur ?

Baitul Makmur adalah sebuah masjid yang terletak di atas langit yang ke 7 . Lokasinya adalah sama seperti Kaabah di Mekah. Kedudukannya bertentangan dengan Kaabah di Mekah. Penghormatan Baitul Makmur setanding dengan penghormatan Kaabah di muka bumi. Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj Malaikat Jibril telah membawa Rasulullah ke Baitul Makmur , di sini baginda telah solat 2 rakaat bersama Malaikat Jibril dan baginda juga telah menemui Nabi Ibrahim a.s.
Kisah ini merupakan sejarah umum mengenai malaikat, namun pada pagi ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua mengenai ‘ MALAIKAT JIBRIL’. Sejarah yang sempat saya kutip melalui al-quran dan sirah Rasululllah s.aw. Malaikat Jibril (atau Jibrail - juga Gabriel) adalah malaikat yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan agama samawi lain bertugas menyampaikan wahyu dan mengajar para nabi dan rasul. Mengikut Al-Quran pula, Malaikat Jibril merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat. Hal ini bertepatan dengan kepercayaan di dalam teks Tanakh, Taurat dan Injil. Terdapat nama Malaikat Jibrail di ulang-ulang dalam al-Quran sebanyak 3 kali iaitu dalam surah al-Baqorah ayat 97[1] 98 dan dalam surah al- Tahrim ayat 4.

1.Bentuk Asli Malaikat Jibril

Allah SWT menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang amat kuat, gagah dan sangat menarik. Kemudian Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Beliau mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t

Sebagai ungkapan rasa syukurnya yang mendalam terhadap penciptaannya ini , Malaikat Jibril telah mengerjakan solat 2 rakaat, yang setiap rakaatnya dilakukan selama 20,000 (duapuluh ribu tahun). Hal ini telah di rakamkan dalam satu riwayat di mana Malaikat Jibril telah berkata-kata dengan Allah SWT. Dan akhirnya , Allah telah menegaskan bahawa Dia lebih menyukai solat 2 rakaat umat nabi Mohammad walaupun solatnya kurang sempurna, tetapi kerana ianya
adalah perintah Allah SWT maka Allah SWT akan membalasnya dengan syurga Ma’wa .

Kemudian Malaikat Jibril memohon izin kepada ALLAH SWT agar diperkenankan melihat syorga tersebut . Dia memebentangkan seluruh sayapnya lalu terbang Setiap kali dia membuka sepasang sayapnya maka dia dapat terbang sejauh 300,000 (tiga ratus ribu tahun perjalanan). Begitu
juga setiap menutupkan sayap padahal ia terbang selama tiga ratus tahun serta memiliki sayap tiga ratus pasang sayap atau enam ratus sayap. Namun sejauh itu ia belum berjaya mencapai tujuan. Setelah merasa begitu letih namun dia belum dapat mencapai satu per seratusnya (1%) pun . Demikianlah I keistimewaan yang akan Allah berikan kepada umat nabi Muhammad yang mengerjakan shalat !”.
2. Jibril menampakkan bentuk aslinya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. s
ebanyak 2 kali :

1. Ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira' dalam surah al-Najm ayat 5 -8.
Al-qur'an menjelaskan عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ ﴿٥﴾ ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ ﴿٦﴾ وَهُوَ ب ِالْأُفُقِ
الْأَعْلَىٰ ﴿٧﴾ ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ﴿٨

"
Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh malaikat Jibril yang amat kuat gagah, lagi yang mempunyai kebijaksanaan.kemudian ia memperlihatkan dirinya ( kapada nabi )dengan rupa yang asal sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit ) kemudian ia mendekatkan dirinya (kpd Nabi) lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit "

2.
Ketika malaikat Jibril berada di Sidratul Muntaha iaitu terletak di sebelah syurga al-Ma’wa. Ini diterangkan dalam ayat وَلَقَد رَآهُ نَزْلَةً; أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنّ;َةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥
"Dan demi sesungguhnya (nabi Mohammad) telah melihat (Malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi. Di sisi Sidratul Muntaha yang di sisinya terletak syurga Maa’wa"

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, tidak seperti nabi yang lain. Nabi Isa a.s. hanya ditemui 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali.
Malaikat Jibril jugalah malaikat yang menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa kepada ibunya Siti Maryam .

Malaikat Jibril juga sering disebut dalam hadis dan kisah para nabi telah menemui baginda dalam pelbagai bentuk ,biasanya berubah menyerupai seorang lelaki yang kemas contohnya ketika peristiwa Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat, dan ketika mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra' dan Mikraj, Malaikat Jibril pernah berubah sebagai Dahyah bin ibnu Khulaifah al-Kalby dan Kadang-kadang menjadi seorang arab Badwi
Malaikat Jibril juga telah membelah dada baginda untuk dibersihkan hatinya dengan menggunakan air zam-zam , peristiwa ini berlaku ketika rasulullah di bawah jagaan Halimatus saadiah dan ketika sebelum peristiwa isra’ dan mikraj .
Malaikat Jibrail a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang
bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibrail a.s. turun ke bumi untuk memusnahkan kaum nabi Luth a.s., malaikat Jibrail a.s mampu mengangkat kesemua tujuh bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung
satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail a.s. membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Malaikat Jibril juga pernah menawarkan kepada rasulullah untuk membinasakan penduduk Taif dengan menghempap bukit Taif, namun tawaran ini ditolak oleh nabi .
Dalam kitab tanbihul ghafilin menyatakan, satu peristiwa Rasulullah dan Malaikat Jibril menangis bersama-sama setelah rasulullah mendengar jawapan jibril mengenai penghuni neraka di pintu yang ke 7, yang terdiri daripada umat baginda sendiri(gol orang yang melakukan dosa b
esar dan mati sebelum sempat bertaubat)

Ketika rasulullah hampir wafat, malaikat Jibril ada di sisi baginda. Baginda meminta jibril memberitahu kemuliaan yang menggembirakannya di sisi Allah. Lalu jibril menerangkan bahawa semua pintu langit telah dibuka ,para malaikat telah beratur menunggu ruhnya di langit. Manakala pintu-pintu syurga telah dibuka dan semua bidadari telah berhias menanti kehadiran ruhnya.
Kemudian nabi bertanya keadaan umatnya di hari kiamat nanti. Lalu jibril menjawab, bahawa umat nabi Mohammad a
kan mendahului umat-umat lain masuk ke syurga. Dan ketika nabi menahan kesakitan sakaratul maut, jibril memalingkan mukanya tak sanggup melihat keadaan tersebut.

Malaikat Jibri
l adalah di antara makhluk Allah yang terakhir sekali meninggalkan dunia yang fana ini bersama-sama dengan malaikat Mikail, Israfil, Hamalatul Arsyi dan malaikat Izrail. Kemudian Allah perintahkan malaikat Izrail untuk mencabut ruh malaikat Jibril, malaikat Mikail, Lsrafil, Hamalatul Arsyi dan akhir sekali malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri. Yang tinggal hanyalah Allah yang Maha hidup dan tidak akan mati……

Pengajaran yang perlu dihayati antaranya....

1. Mencontohi Ketaatan dan kepatuhan para Malaikat dalam menunaikan perintah Allah

2. Allah mengangkat darjat Solat 2 rakaat umat nabi Mohammad dengan kelebihan 40.000 tahun solat Malaikat -

3. Beriman kepada Malaikat mendorong kita berubah kepada yang lebih baik dari aspek penglihatan, pendengaran dan pemikan.
Sekian, semoga kita menjadi golongan manusia yang berfikir ...

Tuesday, February 16, 2010

MANUAL PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2010

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
SEKOLAH MENENGAH SAINS
TUANKU JAAFAR

MISI, VISI, MATLAMAT, MOTO DAN SLOGAN SEKOLAH

MISI
Menyediakan pendidikan terbaik bagi melahirkan pelajar bestari dan berketerampilan melalui pengurusan dan kepimpinan berkualiti

VISI
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar menjadi sekolah terbilang di Malaysia menjelang 2015

MATLAMAT
Matlamat SMSTJ adalah untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia dengan memperkembangkan potensi individu dan sumber yang sedia ada untuk membentuk warga dunia abad ke 21 yang seimbang dan harmonis yang mempunyai hala tuju dan beraspirasi untuk membawa Malaysia ke Wawasan 2020 di samping mewujudkan satu masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

MOTO
MAJU SEMPURNA

SLOGAN
SMSTJ SENTIASA UNGGUL(SMSTJ SIMPLY EXCEPTIONAL)

MISI, VISI, MATLAMAT, MOTO PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

MISI
UNTUK MEREALISASIKAN VISI INI, GURU-GURU BERSEDIA BERUSAHA DENGAN SEDAYA UPAYA MENJADIKAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI CONTOH TERBAIK DI SEKOLAH DALAM MEMPERKEMAS DAN MEMPERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN NEGARA BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG KAMIL BERASASKAN AKIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK ISLAM

VISI
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU JAAFAR MENJADI PANITIA YANG GEMILANG DI MALAYSIA MENJELANG TAHUN 2015

MOTO
PENDIDIKAN ISLAM PEMANGKIN GENERASI GEMILANG

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN
KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK,ROHANI EMOSI DAN
JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN ,BERKETERAMPILAN,BERAKHLAK MULIA,BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEMURNIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

MATLAMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1. Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab menyediakan pendidikan terbaik dan berkualiti bagi melahirkan pelajar bestari,berketerampilan, berperibadi mulia dan bertaqwa.
2. Dapat menimbulkan rasa kesedaran dan tanggungjawab di kalangan guru tentang perlunya penyelarasan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
3. Memberikan panduan dan bimbingan kepada guru agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
4. Meningkatkan mutu prestasi subjek Pendidikan Islam samada di dalam peperiksaan umum PMR atau SPM.
5. Menarik minat para pelajar mendalami subjek Pendidikan Islam.

6. Menjana pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan Islam yang syumul

MATLAMAT
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI SATU WADAH BAGI :
- MEREALISASIKAN TUNTUTAN AL-QURAN DAN SUNNAH SECARA SYUMUL. MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA DI KALANGAN PARA PELAJAR
- PENGUASAAN ILMU FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH .
- HIDUP BERKUALITI BERTERASKAN NILAI-NILAI TERPUJI
- PENCAPAIAN BERKUALITI DI DALAM PMR DAN SPM

OBJEKTIF PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1. Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia Pendidikan Islam
2. Mempertingkat prestasi pencapaian mata pelajaraan Pendidikan Islam
3. Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitia dan kerjasama dengan panitia yang lain
4. Mewujudkan satu sistem kawalan dan penyelenggaraan kurikulum yang berkesan
5. Untuk menimbulkan rasa kesedaran dan tanggungjawab di kalangan guru tentang perlunya penyelarasan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran
6. Merealisasikan hala tuju SBP
- Lulus 100 % 8 A PMR
- Lulus Teras Subjek 100 % A dalam SPM

SASARAN PENGURUSAN KURIKULUM PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM 2010

TING SATU - 80 % A Sifar gagal
TING DUA - 90 % A Sifar C
TING TIGA -100 % A
TING EMPAT - 80 % A t & A- tanpa gred C

TING LIMA -100 % A (At /A-)

GURU BERKESAN
17 ciri-ciri guru berkesan :
• Bersikap profesional.
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
• Kaya ilmu.
• Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
• Bermoral teguh.
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
• Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
• Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
• Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
PERSEDIAAN & TANGGUNGJAWAB GURU
A. Buku Persediaan Mengajar

• Butir Diri Guru
• Takwim Sekolah
• Jadual Waktu … perlu kemas kini
• Senarai Buku Teks / Rujukan…. Ikut terkini
• Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
• Rancangan Tahunan …. Perlu kemas kini
• Rancangan Harian ….. perlu sistematik ,tepat dan padat [ jangan terlalu ringkas]
• Rekod Prestasi Mata Pelajaran / kelas …. Perlu dikemas kini dengan markah semasa
• Markah Ujian / Peperiksaan / Analisis / Head Count …. Untuk mengenal pasti setiap pelajar yang perlu diberi perhatian di samping guru mesti kenal setiap pelajar.
• Pertemuan/ perbincangan Profesional/ Mesyuarat
• Penyeliaan / Pencerapan

B. Penghantaran Buku Rekod
• Mesti ikut jadual yang telah ditetapkan sama ada kepada pihak pentadbiran atau GKMP.
• Pastikan buku rekod yang akan dihantar dalam keadaan yang baik dan lengkap.
• Tulisan mesti kemas supaya boleh dibaca.
• pastikan rancangan P& P untuk hari Isnin telah dilengkapkan.

C. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran -
[ Rujuk fail di Bilik Dokumentasi ]

• Mengurus dan penggerak Panitia
• Merancang , melaksanakan , menyelia dan menilai P&P
• Mematuhi SP- Habis SP / course study mengikut yang ditetapkan sekolah
• Melaksanakan HSP
• Membuat soalan/ menyediakan satu naskah soalan beserta jawapan untuk simpanan fail Panitia
• Merancang, menyelia dan memastikan penggunaan bahan/ agihan tugas
• Ada perancangan panitia / aktiviti tahunan /budget 2010 …. Mesti diambil perhatian.
• Pelan Taktikal / Pelan Operasi jika ada tambahan untuk 2010
• Mengurus Jadual Waktu
• Melaksanakan Pemantauan dan semakan buku latihan
• Penyediaan soalan ikut giliran mesti diberi perhatian.
• Analisa Peperiksaan /Pencapaian pelajar .Setiap kali ujian / peperiksaan mesti lakukan post mortem untuk mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dari pihak guru / murid.
• Merancang dan melaksanakan Program latihan dalaman
• Tindakan susulan – pemulihan & pengayaan
• Fail Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dikemas kini
• Fail Panitia dikemaskini
• Fail surat menyurat dikemas kini
• Fail panggilan / minit mesyuarat dikemas kini
• Mengadakan mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan mempengurusikan setiap mesyuarat
• Minit mesyuarat dibuat dan diedarkan
• Headcount setiap tingkatan perlu kemas kini dan mesti diguna untuk melihat potensi pelajar.

C. Pencerapan 2010
• Dilakukan oleh pihak pentadbiran, GKMP atau KP [ ikut keperluan]
• Aspek yang dilihat ialah proses pengajaran serta pembelajaran , buku rekod ,buku latihan atau buku kerja pelajar ,personaliti serta keterampilan diri ,pengawalan kelas .
• Sama ada ikut jadual atau ikut keperluan semasa yang bertujuan untuk membimbing guru.
• Pencerapan akan diberitahu dari masa ke semasa.

D. Penyemakan Buku latihan / Modul

• Dilakukan secara sistematik dan smart.
• Akan dipantau oleh KP atau GKMP.
• Sebagai kayu pengukur atau penilaian guru kepada pelajar.

E. Headcount 2010
• Tujuan untuk pemantauan dan penilaian
• Headcount mesti diguna oleh semua guru subjek untuk melihat potensi murid dan merujuk kepada perancangan strategic yang telah dibuat oleh Ketua Panitia dengan bantuan ahli panitia.
• Dengan adanya headcount dapat membantu panitia berfungsi dengan berkesan.
• Lakukan post mortem bagi setiap kali ujian atau peperiksaan dan rujuk headco
unt.

AGIHAN JADUAL WAKTU GURU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

5 ZH -PN SUWAIBAH HAJI JALEL
5 KH -PN SUWAIBAH HAJI JALEL
5 FGI - PN YUHANAH HARUN
5 FB - EN MOHD MUSLIMIN B. MAD LATEH
5 BT - CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH

4 ZH -CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH
4 KH -EN MOHD MUSLIMIN B. MAD LATEH
4 FG - CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH
4 BT - CIK NUR RABIATUN ADAWIYAH ZULKIFLI

3 ZH -EN EKHWAN JOHAN B. MUSTAFA
3 KH -SITI ZAHARAH YUSOFF
3 FG -EN SHARIFUDDIN SHARIFF
3 FB -PN AFIFAH BT ABDULLAH
3 BT - NUR RABIATUN ADAWIYAH BT ZULKIFLI

2 ZH -PN AFIFAH BT ABDULLAH
2 KH -NUR RABIATUN ADAWIYAH BT ZULKIFLI
2 FG - CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH
2 FB -CIK SITI ZAHARAH YUSOFF
2 BT - PN YUHANAH HARUN

1Z - CIK SITI ZAHARAH YUSOFF
1 KH -PN SUWAIBAH HAJI JALEL
1 FG - PN AFIFAH BT ABDULLAH
1 FB -EN SHARIFUDDIN SHARIFF
1 BT -PN SUWAIBAH HAJI JALEL

RUMUSAN AGIHAN JADUAL WAKTU 2010

1 E
N SHARIFUDDIN SHARIFF 12
2 PN SUWAIBAH HAJI JALEL 20
3 CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH 18
4 PN. YUHANAH HARUN 18
5 EN MOHD MUSLIMIN B.MD LATEH 12
6 CIK SITI ZAHARAH YUSOFF 18
7 PN AFIFAH BT ABDULLAH 18
8 EN EKHWAN JOHAN B. MUSTAFA 18
9 CIK NUR RABIATUL BT ZULKIFLI 18

ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2010

Pengerusi
Pn. Hjh. Noorizan Bt. Abd. Latif

Timbalan Pengerusi
En. Noor Hakim bin Ismail

Naib Pengerusi
En Sharifuddin Bin Shariff
(Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan

Ketua Panitia
Pn. Suwaibah Haji Jalel
(Ketua Panitia Pendidikan Islam)

Ketua Pentaksir Sekolah(SPM)

Pn. Suwaibah Haji Jalel
Ketua Pentaksir Sekolah(PMR)

Cik Siti Zaharah Binti Yusoff

Setiausaha
Cik Siti Nur Mariyam Salleh

Bendahari
Pn Yuhanah Binti Harun

AJK
En Mohd Muslimin Bin Latih
Pn Afifah bt Abdullah
En. Ekhwan Johan B Mustafa
Cik Nor Rabiatun Adawiyyah Bt Zulkifli

AGIHAN PENYELARAS TINGKATAN
PN SUWAIBAH HAJI JALEL
TING 5
CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH
TING 4
CIK SITI ZAHARAH YUSOFF
TING 3
CIK NUR RABITUL BT ZULKIFLI
TING 2
PN AFIFAH BT ABDULLAH
TING 1

TUGAS-TUGAS PENYELARAS TINGKATAN

-Bertanggungjawab dan mengetuai penyediaan modul
-Bertanggungjawab menyediakan atau menggubal soalan-soalan ujian / peperiksaan dan tugasan semasa cuti sekolah mengikut tarikh yang diperlukan
-Memastikan pencapaian pelajar di tingkatannya mencapai *piawai yang ditetapkan. Sekiranya tidak mencapai piawai atau tidak lulus sesuatu tindakan perlu difikirkan dan diambil tindakan kemudiannya.
-Bekerjasama dengan guru-guru yang lain mengambil berat mengenai akhlak dan tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah penyelarasannya .

-Memastikan kemasukan markah ujian dan peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan
-Menyediakan kertas soalan ujian dan peperiksaan serta skema jawapan bagi memenuhi keperluan dan kehendak Unit Penilaian dan Peperiksaan dan Fail Panitia Pendidikan Islam
-Menyediakan Headcount untuk tingkatan seliaannya.

PROGRAM AKADEMIK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEPANJANG 2010

1 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam
KP- Dis 2009/FEB/APRIL/JUN/OGOS/OKT
2 Kelas Tambahan Tingkatan Tiga PMR 2010 dan SPM 2010
KP & PKP Feb 2010
(guru bincang dgn pelajar utk mencari waktu kls tam)
3 Kem Pendidikan Islam Ting 3
PKP dan guru ting 3
4 Kem Pendidkan Islam Ting 5
KP & guru ting 5
5 Bengkel Hikmah
ting 1 ,2 ,3, 4 dan 5
Penyelaras tingkatan & guru tingkatan
6 Kelas Tuisyen
Penyelaras tingkatan & guru tingkatan
Jun 2010
7 Program Sembelihan Dan Amali Ibadah Haji Dan Umrah
Penyelaras /guru tingkatan 4 / 5 - 3 April 2010
8 Persediaan Akhir Percubaan PMR JPNS
9 Perkampungan Ilmu
-PMR
-SPM
(Penyelaras ting 3 & 5 serta guru ting 3 & 5)
10 Sentuhan terakhir Panitia P.I Mei 2010-PMR -SPM
Penyelaras ting 3 & 5 serta guru ting 3 & 5 Okt & Nov 2010
11 Amali Memandikan Jenazah dan Solat Jenazah
PKP dan guru ting 3 18 Okt 2010

PENYEDIAAN MODUL PENDIDIKAN ISLAM

TING 1 PN AFIFAH BT ABDULLAH
TING 2 CIK NUR RABITUL BT ZULKIFLI
TING 3 CIK SITI ZAHARAH YUSOFF
TING 4 CIK SITI NUR MARIYAM SALLEH
TING 5 PN SUWAIBAH HAJI JALEL

PERANCANGAN

PROGRAM KO-AKADEMIK / KEROHANIAN PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG 2010

PROGRAM KO-AKADEMIK

MTQSS

1.
1- Hafazan
1.2-
Tilawah al-Quran
1.3- Nasyid
1.4- Forum
1.5- Syarahan
1.6- Khat

17-Berzanji dan Marhaban

PERANCANGAN PROGRAM KEROHANIAN SEKOLAH 2010

1.0 BADAR
1.1 KEM NUQABA’
1.2 MOTIVASI/TAZKIRAH / CERAMAH/ KULIAH MAGHRIB/ BACAAN YASIIN
1.3 USRAH
1.4 QIAMULLAIL
1.5 MINGGU PENGHAYATAN DAN KEBUDAYAAN KESENIAN ISLAM (MKKI)
1.6 HAFAZAN SURAH TENTENTU
1.7 IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
1.8 TAHSIN AL-QURAN
1.9 BACAAN ASMA’ AL-HUSNA
1.10 SOLAT DHUHA
1.11 KULIAH PROFESIONAL

1.12 SANTAPAN ROHANI
1.13 SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
-Maulidur Rasul

- Isra' Dan Mi'raj
1.14 KURSUS IMAM
1.15 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
1.16 MAJLIS BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT
1.17 KHEMAH IBADAH

----------------------------------------------------------------------
sekian

Kem Nuqaba' sesi 2010, SMSTJ

bertempat di bilik BBM SMSTJ Kuala Pilah. Kem nuqaba' telah dijalankan pada awal sesi 2010. Program ini bermula pada 8 -10 Jan 2010Program anjuran Panitia Pendidikan Islam bersama Alumni SMSTJ yang diketuai oleh saudara Hamzah Nawawi telah berjaya memberi kefahaman yang lebih bermakna khususnya kepada para naqib dan naqibah dalam pelaksanaan dakwah khasnya sebagai para da'i di peringkat sekolah.

Antara penceramah yang dijemput untuk mengisi slot Kem Nuqaba' ini ialah saudara Hazwan Mohd Nor , ALTIS-ACADEMY Seremban dan saudara Said Mohd Jamaluddin. Program ini diakhiri dengan majlis Penutupan program olen Hjh Noorizan Abd Latif, Pengetua Kanan SMSTJ pada 10 Jan 2010.